PRN Negeri Sembilan: 401 pusat mengundi dibuka, lebih 859,000 pemilih tentukan kerajaan baharu

SEREMBAN – Sebanyak 401 pusat mengundi melibatkan 1,668 saluran dibuka serentak bermula jam 8 pagi hari ini bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, sekali gus memberi peluang kepada 859,760 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan menentukan pentadbiran negeri bagi penggal akan datang.

Daripada jumlah itu, seramai 7,391 merupakan pengundi pos manakala proses pengundian di jadual berlangsung sehingga jam 6 petang di pusat mengundi yang ditempatkan di sekolah, balai raya, dewan dan kolej di seluruh negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan kadar keluar mengundi antara 72 hingga 75 peratus, dengan keputusan awal dijangka diumumkan seawal jam 10 malam sebelum keputusan penuh diperoleh sebelum tengah malam.

Sebelum ini, seramai 14,995 pengundi awal atau 91.06 peratus telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 28 Julai lalu, sekali gus melepasi sasaran 90 peratus yang ditetapkan SPR.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca di kebanyakan kawasan di tujuh daerah iaitu Seremban, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Port Dickson dan Rembau dijangka cerah dari waktu pagi hingga tengah hari.

Bagaimanapun, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda kebanyakan kawasan di Negeri Sembilan pada sebelah petang.

PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan pertandingan melibatkan 103 calon yang merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pakatan Harapan (PH) bertanding di semua 36 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 25 kerusi, Bersatu (24), Perikatan Nasional (PN) (11), empat calon Bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing meletakkan seorang calon.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET