GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

PERLUMBAAN Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dijadualkan pada Oktober ini, akan berlangsung pada sebelah petang.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, sekali gus menjawab spekulasi yang timbul bahawa perlumbaan berkenaan akan diadakan pada waktu malam menggunakan lampu limpah di SIC.

“Perlumbaan akan diadakan pada sebelah petang, bukannya waktu malam,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, tular di media sosial menyatakan bahawa GP Bahrain di Malaysia akan berlangsung pada waktu malam, malah terdapat pengguna media sosial berkongsi paparan daripada aplikasi rasmi F1 berhubung perlumbaan pada 4 Oktober itu dijadual berlangsung dari 8 hingga 10 malam mengikut waktu di litar.

Semakan mendapati paparan waktu perlumbaan dalam aplikasi rasmi F1 masih belum dikemas kini setakat berita ini ditulis.

Ahad lalu, Formula 1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Bahrain dari 2 hingga 4 Oktober, susulan pemeteraian perjanjian antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Perjanjian itu membolehkan GP Bahrain kekal dalam kalendar F1 musim 2026 selepas perlumbaan berkenaan dibatalkan awal musim ini, berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah GP Malaysia di Sepang pada 1999 hingga 2017, sebelum perlumbaan itu digugurkan dari kalendar F1.

Sepanjang 19 tahun penganjurannya, GP Malaysia sentiasa berlangsung pada sebelah petang.

Bagaimanapun, beberapa perlumbaan dalam kalendar F1 ketika ini diadakan pada waktu malam, termasuk GP Singapura dan GP Las Vegas.

Related Posts

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

MANCHESTER United terselamat daripada kekalahan selepas terikat 1-1 menentang Fulham hasil jaringan penyamaan lewat Matheus Cunha, namun tekanan terhadap pengurusnya, Michael Carrick semakin memuncak susulan satu lagi persembahan hambar skuad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

MANCHESTER City kembali menerajui Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan Sunderland 5-3 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Etihad, malam tadi. Gol pertama Enzo Fernandez bersama kelab itu menjadi pencetus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Projek jalan Nanga Baoh diluluskan semula dengan peruntukan RM190 juta

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003