Lagi peserta RXZ Member maut rempuh pacuan empat roda

MARAN – Seorang lagi peserta Perhimpunan RXZ Members 8.0 maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan untuk membantu rakan konvoi yang mengalami kerosakan motosikal di Kilometer 147.1 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi itu, mangsa, Muhamad Fikri Jamallunasi, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Temerloh ke Kuala Terengganu untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, sebuah Mitsubishi Triton yang turut dalam perjalanan ke perhimpunan berkenaan sedang berhenti di lorong kecemasan bagi membantu ahli konvoi yang mengalami kerosakan motosikal.

“Secara tiba-tiba motosikal Yamaha yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan tersebut sebelum terbabas dan mangsa terjatuh di sebelah kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu serta penumpang Mitsubishi Triton tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, setakat ini tiada saksi tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Inspektor Muhaimin Omar di talian 017-9436741 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Foto: Polis Maran

Related Posts

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

KUANTAN – Seramai 300 pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Isap Murni menyertai Program STEM Camp MOSTI 2026 selama dua hari di sekolah berkenaan, baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

TAWAU – Polis menahan dua pemandu lori susulan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial Facebook dipercayai memandu secara berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna–Tawau. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan