Peniaga pasar malam maut, motosikal terbabas di LPT

TEMERLOH – Hasrat seorang peniaga pasar malam menghadiri program RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 112.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Muhammad Zulhairi Azhar Mohd Shahrizan, 19, dari Klang, Selangor yang menunggang motosikal Yamaha LC135 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Klang ke Kuala Terengganu bagi menghadiri Perhimpunan RXZ Members 8.0 bersama konvoi seramai lima penunggang.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum jatuh di lorong kiri jalan dan mangsa tercampak ke lorong kanan.

“Pada masa sama, sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa menyebabkan mangsa tercampak ke tepi jalan di lorong kiri.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mohd Nasyim memberitahu, siasatan lanjut turut mendapati mangsa tidak memiliki lesen motosikal ketika kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikal ditungganginya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” jelas beliau.

Related Posts

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) menegaskan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kekal sah, sekali gus menolak keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Isu baja lewat, pengarah urusan dibebaskan dengan jaminan SPRM

Isu baja lewat, pengarah urusan dibebaskan dengan jaminan SPRM