859,750 pengundi bakal mengundi pada PRN Negeri Sembilan esok

TAMPIN – Seramai 859,750 daripada keseluruhan 889,940 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, seramai 7,391 pengundi telah selesai mengundi secara pos, manakala 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran akan dibuka bermula pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

“Sebanyak 401 pusat mengundi akan dibuka bermula jam 8 pagi membabitkan 1,668 saluran yang akan ditutup jam 6 petang.

“Seramai 15,344 petugas pilihan raya akan terbabit dalam proses mengundi esok. Selain itu, sebanyak 267 kesalahan pilihan raya juga direkodkan sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses semakan isi peti undi PRN Negeri Sembilan ke-16 di Dewan Perdana Tampin, di sini, hari ini.

Menurut beliau, proses semakan isi peti undi yang dijalankan di seluruh Negeri Sembilan berlangsung dengan lancar, termasuk di Parlimen Tampin yang melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Gemas, Gemencheh dan Repah.

“Di Parlimen Tampin, semakan isi peti undi bagi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gemas, Gemencheh dan Repah dijalankan di Dewan Perdana Tampin.

“Sepanjang tinjauan pagi ini, saya lihat semuanya dalam keadaan baik dan kami sentiasa bersiap siaga untuk menjalankan tugas dengan baik esok,” katanya.

Ramlan berkata, SPR menjangkakan keputusan awal pilihan raya dapat diumumkan seawal pukul 10.00 malam, manakala keputusan rasmi bagi semua kerusi dijangka diketahui sebelum tengah malam.

Beliau turut memberi jaminan bahawa semua peti undi dan kelengkapan pilihan raya berada dalam keadaan selamat serta dikawal rapi sehingga proses pengundian bermula.

“Kita akan letak peti undi ini di dewan yang akan dikawal sepenuhnya oleh pihak polis sehingga diserahkan kepada semua petugas pagi esok.

“Proses penyerahan akan bermula jam 5.30 pagi esok dan kita memberi jaminan semua peralatan termasuk peti undi berada dalam keadaan selamat,” katanya.

PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan seramai 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN.

Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon di semua 36 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) sebanyak 25 calon, Bersatu (24), Perikatan Nasional (PN) (11), manakala Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing mempertaruhkan seorang calon. Selain itu, empat calon Bebas turut bertanding.

Dari segi bentuk pertandingan, sebanyak 21 kerusi menyaksikan saingan tiga penjuru, 11 kerusi melibatkan pertandingan dua penjuru, manakala masing-masing dua kerusi menyaksikan pertandingan empat dan lima penjuru.

Related Posts

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

KUALA PILAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi supaya tidak menggunakan telefon bimbit di saluran mengundi ketika menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok, selain mematuhi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Pengundi di Negeri Sembilan diseru membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok dengan memilih pemimpin yang berintegriti dan amanah bagi menjamin kesinambungan pentadbiran negeri yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan