RCI Tabung Haji: Jangan lindungi pihak bersalah, siasatan perlu telus

KUALA PILAH – Siasatan susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dijalankan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, laporan itu adalah hasil siasatan RCI yang perlu dijadikan asas bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

“Dalam Laporan RCI itu, siapa (yang didapati) salah itu, lembaga (RCI) yang siasat. Saya sebagai Perdana Menteri amanahkan, siasat dengan telus, jangan ‘cover’ (lindungi) lagi dah. Letih dah kita tunggu,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, pada Khamis.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan dan timbalannya Marhamah Rosli, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam menerbitkan Laporan RCI setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Dalam perkembangan lain, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) meminta rakyat di negeri ini memilih pemimpin berdasarkan rekod integriti, amanah serta kesungguhan berkhidmat dan bukannya dipengaruhi sentimen atau kebencian.

“Pilih bukan sentimen, bukan kebencian. Kalau ada pemimpin yang akhlaknya baik, kerjanya rajin, tidak curi, tidak ‘sakau’, jagalah mereka.

“Sebab itu saya datang untuk bantu saudara (Datuk Seri) Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar. Kerana saya tahu rekod dia. Tak ada rekod balak hilang, kontrak hilang, ambil duit hantar ke luar negara, tidak ada,” kata beliau.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lepas dan pada Sabtu ini, sebanyak 867,151 pemilih biasa akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.

Terdahulu, program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan turut menghimpunkan beberapa tokoh agama dan pendakwah.

Antaranya Sheikh Khaleel Ismael Elias, Sheikh Mahmood Al Wosabi dan Habib Nael Ben Taher selain diperdengarkan dengan alunan selawat, sesi tausiyah serta persembahan nasyid oleh Kumpulan UNIC.

Related Posts

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menghormati pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM