Institusi beraja tetap dipertahan Kerajaan MADANI, tidak campuri urusan Undang Luak

PORT DICKSON – Kerajaan MADANI komited mempertahankan institusi beraja mengikut lunas Perlembagaan dan tidak mencampuri urusan berkaitan proses pemilihan atau keputusan membabitkan Undang Luak di Negeri Sembilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian Kerajaan Persekutuan adalah mempertahankan institusi raja yang sedang berkuat kuasa walaupun kerajaan memahami ada proses tertentu yang perlu dilalui mengikut adat dan undang-undang negeri.

“Kita hendak runding. Kerajaan Negeri hendak minta pengesahan, maka Menteri Besar yang sah akan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Itu keputusan kita.

“Apakah kita hendak nafikan sistem Undang? Tidak. Undang hendak buat keputusan, buatlah ikut peraturan dia. Dia tidak setuju, ada Dewan Keadilan. Kalau tidak boleh, hendak bawa ke mahkamah. Saya tidak pernah campur bab itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Munajat Perdana bersama penduduk Linggi di Dewan Orang Ramai Linggi yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sistem beraja tidak boleh diperlakukan seperti sistem politik kepartian kerana institusi itu adalah tonggak kepada sistem pemerintahan negara.

“Kerana sistem beraja itu sangat penting. Kalau besok sistem raja ini kita buat macam parti politik, boleh bertanding, boleh lawan, itu dia bukan sistem raja.

“Ini saya nak terangkan kerana negara kita mesti mendaulatkan sistem raja untuk yang dikatakan payung negeri dan Agong sebagai payung negara,” katanya.

Sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan, Anwar memaklumkan, menjadi tanggungjawabnya memastikan institusi beraja terus dihormati sementara sebarang pertikaian diselesaikan mengikut saluran yang ditetapkan.

“Tetapi sehingga perkara itu berlaku, tanggungjawab saya sebagai Kerajaan Persekutuan, juga kepada Ketua Polis Negara, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, (kita) pertahankan sistem yang ada, pertahankan Yang di-Pertuan yang ada.

“Apakah saya tolak Undang? Tidak. Saya tahu bidang kuasa saya,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati adat dan tata cara ketika berurusan dengan institusi diraja.

“Kadang-kadang (kita) ada berbeza pendapat. Saya menghadap Yang di-Pertuan Agong, apa saya cerita? ‘Ampun Tuanku. Patik harap kalau boleh dipertimbangkan semula.’

“Itu cara dia. Ini pula hendak makzulkan atau hendak turunkan takhta seorang raja. Tidak seperti itu,” katanya.

Related Posts

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak akan membenarkan negara ini digunakan sebagai laluan transit bagi sebarang penghantaran kargo yang menyokong atau menyumbang kepada operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang