Warga emas maut, pelajar cedera motosikal langgar pokok tumbang

KUALA KANGSAR – Seorang warga emas maut manakala seorang pelajar lelaki cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka secara berasingan merempuh sebatang pokok tumbang yang menghalang laluan berhampiran Kampung Senggang, dekat Sungai Perak, di sini pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.58 pagi itu, mangsa yang maut ialah lelaki berusia 72 tahun, manakala pelajar berusia 17 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.58 pagi sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 7.16 pagi, didapati kemalangan membabitkan dua motosikal iaitu Yamaha LC dan Yamaha Lagenda yang melanggar sebatang pokok tumbang sehingga menghalang laluan.

“Seorang mangsa lelaki berusia 17 tahun telah dibawa ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan bomba, manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggota bomba turut melakukan pemantauan di kawasan kejadian bagi memastikan keadaan selamat dan tiada risiko bahaya lain sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Penyu belimbing kembali ke Terengganu, hasilkan 70 telur di Kuala Abang

DUNGUN – Pantai Kuala Abang sekali lagi menjadi saksi kemunculan penyu belimbing apabila seekor ibu penyu mendarat dan menghasilkan 70 biji telur awal pagi Selasa. Sumber Bernama melaporkan pendaratan berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki Orang Asli maut diserang harimau ketika mencari rotan

SUNGAI SIPUT – Kegiatan seorang lelaki mencari rotan di kawasan hutan bersama rakannya berakhir tragedi apabila dia maut dipercayai diserang harimau belang di Kampung Takung, Pos Perwor, di sini, petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Infantino sedia bincang reformasi FIFA

Infantino sedia bincang reformasi FIFA

Penyu belimbing kembali ke Terengganu, hasilkan 70 telur di Kuala Abang

Penyu belimbing kembali ke Terengganu, hasilkan 70 telur di Kuala Abang

Lelaki Orang Asli maut diserang harimau ketika mencari rotan

Lelaki Orang Asli maut diserang harimau ketika mencari rotan

Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

Kes khianat di Sri Aman, lelaki 36 tahun ditahan

UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

UNIMAS julung kali tuan rumah SAKAT, perkasa persuratan serantau

“Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca

“Kenangan di Sungai Buloh” – Anwar kongsi momen bertemu keluarga di sebalik kaca