Pahang tidak lantik mana-mana pihak urus permohonan tanah

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengesan sindiket penipuan urusan permohonan tanah di daerah Bentong membabitkan tanah milik kerajaan negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sindiket itu menawarkan urusan pemberi milikan tanah dengan meminta orang ramai membuat bayaran serta menandatangani dokumen sebelum proses pemberi milikan dilakukan.

“Saya ingin menegaskan kerajaan negeri tiada melantik mana-mana individu, ejen ataupun syarikat untuk menjalankan urusan pemberimilikan tanah kerajaan negeri di luar prosedur yang ditetapkan undang-undang.

“Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan memperdaya rakyat atau menyalahgunakan nama kerajaan Pahang dan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap pihak yang terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Wan Rosdy menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang bayaran, menandatangani dokumen atau melakukan apa-apa urusan berkaitan tanah tanpa terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang atau Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan. .

Katanya, orang ramai merasakan dirinya tertipu diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Kerajaan Pahang kekal komited memastikan setiap urusan pentadbiran tanah dilaksanakan secara telus, berintegriti dan mematuhi undang-undang.

“Semak dahulu, jangan mudah percaya dan jangan sesekali menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Related Posts

Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung