Pengukuhan sektor tenaga keutamaan agenda strategik pembangunan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah terus meletakkan pengukuhan sektor tenaga sebagai antara agenda strategik pembangunan negeri menerusi pelaksanaan Sabah Energy Roadmap and Master Plan 2040 (SE-RAMP 2040) bagi memastikan bekalan elektrik kekal mencukupi, stabil, berdaya harap serta mampu milik.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelan itu menjadi hala tuju utama kerajaan negeri dalam memperkukuh keselamatan tenaga, mempelbagaikan sumber tenaga, meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu serta menyokong aspirasi pembangunan ekonomi Sabah.

“Kita bukan sahaja perlu memastikan bekalan elektrik sentiasa mencukupi dan berdaya harap serta perlu membangunkan sistem tenaga yang lebih cekap, lebih mampan dan mampu memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“Atas sebab itu, kerajaan negeri menetapkan SE-RAMP 2040 sebagai hala tuju strategik pembangunan sektor tenaga Sabah,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam pada Majlis Peluncuran Tenaga Lestari Rakyat Sabah, di sini, pada Khamis.

Menurut Hajiji, pelancaran Sabah Energy Efficiency Action Plan (SEEAP) dan Program Solar Rakyat Sabah menjadi satu lagi langkah penting dalam merealisasikan aspirasi pembangunan tenaga lestari di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) atas komitmen berterusan memacu pembangunan sektor tenaga melalui pendekatan yang progresif, berpandangan jauh dan berteraskan kepentingan rakyat.

“Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan termasuk pengiktirafan projek solar, pelaksanaan program Government Lead by Example, kerjasama dengan institusi latihan, pembangunan usahawan melalui memorandum persefahaman bersama Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) serta program tanggungjawab sosial korporat membuktikan pembangunan tenaga lestari memerlukan penglibatan semua pihak.

“Kita mahu lebih ramai rakyat Sabah mengambil bahagian dalam penggunaan tenaga boleh baharu serta mewujudkan persekitaran yang menggalakkan inovasi, pelaburan dan pembangunan industri tenaga yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri.

“Peralihan tenaga bukan sekadar berkaitan teknologi, sebaliknya satu transformasi yang melibatkan dasar, pelaburan, pembangunan modal insan, penyelidikan, inovasi serta kerjasama erat antara kerajaan, industri, institusi pendidikan dan masyarakat,” tegasnya.

Tambahnya, kerajaan negeri akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, ECoS, pemain industri, pelabur, institusi kewangan dan sektor swasta bagi memastikan Sabah memiliki sistem tenaga yang mampu menyokong pembangunan ekonomi negeri untuk jangka panjang.

Majlis peluncuran tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX