Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

CHENNAH –Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tidak pernah membantah usaha kerajaan memperkukuh agenda Islam, memperkasakan institusi pendidikan Bumiputera atau membantu masyarakat Melayu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah itu sering dijadikan sasaran serangan politik hanya kerana berbangsa Cina.

Sedangkan, menurut Perdana Menteri, Ahli Parlimen Seremban itu sentiasa memberi kerjasama dalam menjayakan dasar kerajaan termasuk perkara berkaitan kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Saya pilih orang bukan sebab dia Melayu atau Cina. Saya pilih sebab dia amanah dan boleh bekerja.

“Anthony Loke ini orang kanan saya. Dia kerja kuat, fasih berbahasa Melayu. Bila kita buat dasar untuk memperkukuh Islam, bantu orang Melayu, perkasakan MARA dan pendidikan Bumiputera, dia tidak pernah bantah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang Bersama Perdana Menteri di Kampung Simpang Durian, pada Rabu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pemilihan pemimpin dalam kerajaan bukan berdasarkan kaum, sebaliknya berasaskan amanah, keupayaan dan komitmen berkhidmat kepada rakyat.

Menurut beliau, rakyat tidak seharusnya terpengaruh dengan kempen yang cuba melabel seseorang pemimpin hanya berdasarkan kaum kerana pendekatan sedemikian tidak membawa manfaat kepada negara.

“Jadi, saya nak tahu yang marah sangat saya nak pergi kempen owhh…  jangan undi Cina. Yang satu lagi itu Melayu ke? Cina juga. Kenapa saya pilih Cina ini bukan Cina itu?

“Kerana saya pergi Cina ini (Anthony) lebih baik. Pilih yang baik, amanah, tak curi wang, bekerja dan bawa perubahan bagi rakyat. Pilih Cina yang kita percaya lebih amanah lebih baik,” katanya..

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk terus menerajui pentadbiran negeri.

Beliau berkata, Aminuddin telah membuktikan kepimpinan yang berasaskan amanah, rajin bekerja dan tidak menyalahgunakan kuasa sepanjang mentadbir Negeri Sembilan.

“Saya pilih Aminuddin kerana dia rajin bekerja, amanah dan tidak curi harta rakyat. Itu yang penting. Kita pilih pemimpin yang bersih bukan pemimpin yang apabila ada kuasa sedikit terus ambil tanah, ambil balak dan salah guna kuasa.

“Negara memerlukan lebih ramai pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi kerana hanya dengan pentadbiran yang bersih, keyakinan rakyat dan pelabur dapat diperkukuhkan,” katanya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik