Orang Asli Bukit Kepong terus menanti, permohonan tanah tertangguh sejak era BN

PORT DICKSON – Masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Kepong, di sini berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan penambahan tanah yang dikemukakan sejak pentadbiran Barisan Nasional (BN) lagi bagi menjamin masa depan generasi kedua dan ketiga yang semakin bertambah.

Tok Batin Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Omar Goming, 68, berkata, komuniti itu telah mendiami kawasan berkenaan sejak abad ke-18 sebelum penempatan mereka disusun semula oleh kerajaan pada 1969.

Beliau berkata, kampung itu kini mempunyai kira-kira 160 penduduk, namun sebahagian generasi muda terpaksa berhijrah ke kawasan lain berikutan kekangan tanah untuk membina kediaman dan mengusahakan sumber pendapatan.

Menurutnya, permohonan bagi mendapatkan tambahan tanah bukan isu baharu kerana ia telah dikemukakan sejak era pentadbiran BN pada sekitar 1970-an, termasuk oleh arwah bapanya yang juga Tok Batin ketika itu, namun sehingga kini masih belum menemui penyelesaian.

“Permohonan ini sudah lama dibuat, sejak zaman kerajaan BN lagi. Arwah bapa saya juga pernah memohon supaya tanah tambahan diberikan kepada masyarakat di sini untuk kegunaan generasi akan datang.

“Penduduk semakin bertambah. Generasi kedua dan ketiga memerlukan tanah untuk membina rumah serta meneruskan kehidupan di kampung ini,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Selasa.

Omar berkata, komuniti Orang Asli Kampung Bukit Kepong kini mendiami kawasan seluas kira-kira 220 ekar yang merangkumi kawasan penempatan, kebun dan tanah perkuburan.

Katanya, kebanyakan penduduk bergantung kepada hasil kebun sebagai sumber pendapatan, manakala mereka yang tidak mempunyai kebun bekerja di luar kampung sebagai pekerja ladang kelapa sawit, hotel, pemandu lori, pekerja SWM Environment serta menguruskan inap desa.

Beliau berkata, masyarakat Orang Asli tidak meminta kawasan tanah yang luas, sebaliknya hanya berharap kerajaan dapat menambah keluasan tanah bagi membolehkan generasi muda membina rumah dan mengusahakan tanaman sebagai sumber pendapatan.

“Kami berharap permohonan yang sudah berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun ini dapat dipertimbangkan demi memastikan anak cucu kami terus dapat tinggal dan membina kehidupan di kampung warisan ini,” katanya.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos