Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Malaysia melangkah satu tapak lagi ke hadapan menerusi peluncuran rasmi AI Malaysia, lonjakan penting ke arah aspirasi Negara AI menjelang 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif yang dijangka memanfaatkan kira-kira 100,000 belia ini merupakan langkah penting untuk memastikan generasi muda bukan sekadar pengguna teknologi.

Malah katanya, negara turut menjadi pencipta nilai, peneroka inovasi dan pemacu kemajuan Malaysia pada masa hadapan.

“Masa depan digital ini milik kita bersama. Ini merupakan permulaan yang sangat penting bagi kesejahteraan, keselamatan dan masa depan negara kita.

“Ayuh kita berganding bahu memacu masa depan yang inklusif, selamat, dan berdaya saing demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Menurut Awar, sebagai entiti pelaksana teras, AI Malaysia mengemudi Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 untuk memacu adaptasi AI secara selamat dan bertanggungjawab menerusi sokongan Institut Keselamatan AI Malaysia.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik