Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

KONTINJEN Pahang menyasarkan kutipan 35 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 manakala 15 pingat emas bagi temasya Para SUKMA.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan potensi dimiliki atlet negeri ini termasuk dalam beberapa acara yang menjadi sandaran pingat emas.

Menurutnya, bagi memastikan persiapan kontinjen berjalan lancar, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM12 juta bagi menghadapi SUKMA dan Para SUKMA kali ini.

“Peruntukan kali ini lebih besar kerana kontinjen Pahang lebih ramai selain buat pertama kali tiada perkampungan sukan, menyebabkan kerajaan negeri perlu menanggung kos penginapan, pengangkutan serta makan minum atlet dan pegawai.

“Alhamdulillah, menjelang temasya yang berbaki kira-kira 18 hari lagi, kita berjaya memperoleh peruntukan tambahan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang cukup prihatin terhadap keperluan atlet-atlet kita,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Pahang ke Temasya SUKMA dan Para SUKMA Selangor yang disempurnakan Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Fadzli berkata, antara sukan yang dijangka menjadi penyumbang utama pingat emas ialah menembak selepas Pahang muncul juara keseluruhan acara itu pada SUKMA Sarawak dengan kutipan 12 pingat emas.

Selain itu, katanya, Pahang turut meletakkan harapan kepada acara angkat berat, silat, memanah, judo, karate, taekwondo dan olahraga yang menunjukkan perkembangan positif sepanjang tempoh persiapan.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar