‘Tiada siapa usir sesiapa’ – Anak Aminuddin tampil jawab isu Tok Mat

SEREMBAN – Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Nur Amalina Aminuddin menafikan dakwaan kononnya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat, pernah diusir pada tengah malam daripada kediaman rasmi kerajaan.

Nur Amalina berkata, tiada mana-mana pihak diusir dan meminta naratif berkenaan dihentikan kerana ia dianggap sebagai fitnah terhadap bapanya.

Menerusi satu hantaran di Threads pada Selasa, dia menjelaskan ibu bapanya masih menetap di kediaman mereka di Taman Desa Ixora kira-kira sebulan selepas Aminuddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Katanya, keputusan untuk berpindah ke kediaman rasmi dibuat bukan atas niat untuk mengambil alih rumah berkenaan, sebaliknya bagi memudahkan urusan keselamatan serta menjaga privasi jiran.

“Tiada siapa usir sesiapa. ‘Parents’ saya tinggal di rumah kami di Taman Desa Ixora dalam sebulan selepas angkat sumpah.

“Mula-mula tak ‘plan’ pun nak pindah ke kediaman rasmi, tapi mengenangkan kesian ‘guards’ yang kena ‘station’ luar rumah dalam kabin, tak selesa” katanya.

Menurut Nur Amalina, kediaman keluarganya merupakan rumah biasa dalam kawasan perumahan dan kehadiran pengawal keselamatan serta pengiring keluar masuk turut menjejaskan hak peribadi jiran.

Dia menegaskan kediaman rasmi Menteri Besar merupakan hak milik kerajaan dan urusan keluar masuk penghuni terdahulu dilakukan mengikut prosedur biasa.

“Kediaman rasmi itu hak milik kerajaan. Semua maklum. Urusan keluar masuk rumah diuruskan secara biasa.

“Janganlah main naratif ini lagi. Bapak saya tak jahat. Dia masih ada rumah sendiri. Ini bukan harta dia pun tiba-tiba nak halau orang. Dia pun tahu ini tumpangan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama akaun ‘fishaofish’ turut tampil memberikan sokongan kepada keluarga Aminuddin serta menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai fitnah.

Pengguna itu mendakwa berdasarkan pengalamannya mengosongkan kuarters sebelum ini, penghuni diberikan tempoh tertentu untuk berpindah, termasuk peluang menetap sementara dengan bayaran sewa mengikut kadar pasaran Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH).

“Melalui pengalaman kami keluar quarters dulu, kami dibenarkan untuk duduk selama dua bulan untuk berpindah dan cari rumah baru, dengan bayar sewa ikut market rate of BPH.

“Yang tak nak bayar sewa, mereka diberi masa satu minggu untuk berpindah, bergantung kepada budi bicara BPH,” katanya.

Isu berkenaan timbul susulan dakwaan di media sosial yang mengaitkan Aminuddin dengan tindakan mengusir Mohamad Hasan daripada kediaman rasmi pada waktu malam, namun dakwaan itu dinafikan oleh Nur Amalina.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM