Tiga maut, dua parah kemalangan di Kampung Paya Pasir

MARAN – Tiga individu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Maran-Temerloh, berhampiran Kampung Paya Pasir, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.02 pagi dan kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 5.40 pagi.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dinaiki dua wanita dan sebuah MPV yang dinaiki tiga lelaki.

“Kereta itu dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Maran, manakala MPV dari arah bertentangan.

“Kedua-dua kenderaan dipercayai bertembung, menyebabkan pemandu dan penumpang kereta serta seorang penumpang MPV maut di tempat kejadian.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu dan seorang lagi penumpang MPV cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Salahuddin berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati tiga mangsa tersepit di dalam kedua-dua kenderaan terbabit.

“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas menyelamat sebelum semua mangsa berjaya dibawa keluar,” katanya.

Beliau berkata, identiti semua mangsa yang maut masih belum dikenal pasti.

“Semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, untuk proses bedah siasat,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan