Mayat lelaki dibaham buaya di Kunak ditemui tidak sempurna

KUNAK – Mayat lelaki dikhuatiri hilang dibaham buaya semasa memasang pukat di Sungai di Ladang KLK Jatika, Jalan Kunak-Semporna, ditemui tidak sempurna, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata mayat Ridwan Nawir, 50, ditemui pukul 9.41 pagi kira-kira 600 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Sebelah kaki tiada dan badan serta kepala hanya separuh semasa di temui.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian ditamatkan selepas itu,” katanya ketika dihubungi, pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan seorang lelaki hilang disambar buaya semasa memasang pukat secara melintang dari tebing sungai di sungai tersebut.

Operasi SAR kemudian dilakukan sepasukan anggota BBP Kunak kira-kira pukul 11.30 pagi bersama anggota polis dan orang awam.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri