Naik taraf Jalan Lok Kawi-Kinarut RM70.6 juta dijangka kurangkan kesesakan

PAPAR – Projek menaik taraf Jalan Lok Kawi dari Bulatan Sabindo ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut bernilai RM70.6 juta bakal menjadi penyelesaian jangka panjang kepada masalah kesesakan trafik yang semakin kritikal di laluan utama menghubungkan Kota Kinabalu dan Papar.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Rolling Plan Ketiga (RP3) itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan infrastruktur jalan raya yang lebih selamat, berkualiti dan memenuhi keperluan semasa rakyat, khususnya di Sabah.

“Pembangunan infrastruktur bukan sekadar melibatkan pembinaan jalan dan jambatan, bertujuan memudahkan kehidupan rakyat, mempercepatkan perjalanan, meningkatkan keselamatan serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan sosial.

“Setiap peruntukan yang disediakan dan setiap projek yang dilaksanakan merupakan satu amanah yang perlu diterjemahkan kepada manfaat sebenar kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Lok Kawi dari Bulatan Sabindo ke SMK Kinarut di Kinarut, pada Selasa.

Menurut Alexander, laluan Lok Kawi-Pengalat-Papar merupakan jalan dua lorong digunakan kira-kira 27,000 kenderaan sehari, namun pertumbuhan pesat kawasan perumahan, pelancongan, institusi pendidikan dan premis kerajaan di sepanjang jajaran itu telah menyebabkan kesesakan trafik yang kerap berlaku, terutama pada waktu puncak.

“Keadaan ini menyebabkan tahap perkhidmatan jalan menurun kepada Level of Service (LOS) F, sekali gus menuntut pelaksanaan projek naik taraf bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.

“Ia melibatkan kerja menaik taraf jalan dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong sepanjang 1.3 kilometer mengikut piawaian JKR U5.

“Projek ini turut merangkumi pembinaan sebuah jejantas pejalan kaki, tiga hentian bas, dua perlindungan motosikal, laluan berbumbung ke sekolah, pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat, menaik taraf tiga persimpangan, sistem perparitan, pengalihan utiliti serta kerja pengambilan tanah,” ujarnya.

Tambah Alexander, daripada jumlah keseluruhan peruntukan RM70.6 juta itu, sebanyak RM17 juta diperuntukkan bagi pengambilan balik tanah, manakala nilai kontrak pembinaan adalah RM48 juta, termasuk kerja utiliti bernilai RM9.6 juta.

Dalam pada itu, beliau berharap Kerajaan Negeri Sabah dan semua agensi berkaitan dapat memberikan kerjasama bagi mempercepatkan proses pengambilan tanah serta pengalihan utiliti supaya projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Pojek berkenaan bukan sahaja dijangka akan mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, tetapi turut memperkukuh aksesibiliti di koridor Lok Kawi-Pengalat-Papar sekali gus merancakkan pembangunan sosioekonomi serta sektor pelancongan di kawasan berkenaan.

Related Posts

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

KOTA KINABALU – Kempen Kesedaran Vaskular anjuran Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) diharap dapat membantu orang ramai mengesan penyakit vaskular lebih awal bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

KOTA KINABALU – Prestasi sistem bekalan elektrik Sabah menunjukkan peningkatan ketara sejak Kerajaan Sabah mengambil alih kuasa kawal selia sektor elektrik dan tenaga boleh baharu. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

Agro-teknologi jadi pilihan Naufal demi bekalan makanan masa depan

Agro-teknologi jadi pilihan Naufal demi bekalan makanan masa depan