Pelaburan strategik pacu industri perkhidmatan Sarawak bertaraf dunia

KUCHING – Sarawak terus komited memperkukuh pembangunan industri perkhidmatannya sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negeri menerusi pelbagai pelaburan strategik.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan berskala besar itu memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur, pengangkutan, penjagaan kesihatan, dan modal insan.

Menurut beliau, pendekatan menyeluruh itu bukan sahaja meningkatkan daya saing, malah mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai destinasi pilihan utama pelaburan serta pelancongan.

Jelasnya, langkah proaktif kerajaan negeri itu bertujuan mewujudkan sebuah ekosistem perkhidmatan bertaraf dunia yang mampu memenuhi keperluan pelabur dan komuniti perniagaan.

“Kita hanya boleh menarik pelaburan dengan syarat kita mempunyai infrastruktur perkhidmatan kelas pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Wisma Elica, Voco Kuching oleh IHG dan Care Collective pada Selasa.

Mengulas lanjut, Abang Johari memberitahu bahawa antara inisiatif yang giat dilaksanakan termasuk pembangunan sistem Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen.

Tambahnya, usaha penjenamaan semula syarikat penerbangan MASwings kepada AirBorneo turut digerakkan bagi memperkukuh jaringan kesalinghubungan udara dan darat wilayah ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan ekosistem penjagaan kesihatan turut diperkasakan secara agresif menerusi pembinaan beberapa buah hospital moden.

Katanya, peluasan kemudahan perubatan sedia ada amat penting bagi menyokong pertumbuhan pesat sektor pelancongan kesihatan di Sarawak.

“Kerajaan negeri akan terus melaburkan semula hasil Sarawak bagi membangunkan infrastruktur strategik demi memastikan pembangunan kita kekal mampan,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan peningkatan hasil pendapatan negeri kini membolehkan penyediaan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak tempatan bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi.

Terdahulu, beliau menyempurnakan perasmian Wisma Elica yang menempatkan Voco Kuching, iaitu hotel pertama di Malaysia di bawah jenama Voco by IHG Hotels & Resorts.

Fasiliti tersebut turut menempatkan Care Collective yang melakar sejarah sebagai pusat komuniti persaraan bersepadu terbesar di Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM