Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

JEMPOL – Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyentuh isu kaum mencerminkan sikap sebenar pimpinan Pas yang sering memainkan sentimen perkauman dan memecahbelahkan masyarakat.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, politik sedemikian tidak sepatutnya diamalkan, sebaliknya ahli politik perlu menggalakkan perpaduan serta memahami kepelbagaian rakyat di negara ini.

Menurut beliau, politik perlu menggalakkan perpaduan, memahami perbezaan dan berusaha untuk menyatu padukan rakyat dan tidak mengangkat sentimen perkauman yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

“Kenyataan beliau itu mencerminkan satu sikap yang agak meluas dalam Pas, bukan hanya dari beliau tapi kita lihat ada kenyataan tentang pendatang daripada Presiden Pas dan ini kita tahu memang sikap di kalangan pimpinan Pas ini bukan satu politik yang baik.

“Sepatutnya politik itu menggalakkan perpaduan, memahami perbezaan dan berusaha untuk menyatupadukan rakyat bukan memecah belahkan ataupun memisahkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program wayang pacak di Taman Saujana Rompin, Bahau, pada Sabtu.

Menurut Fahmi, beliau lihat kenyataan Sanusi telah disanggah dan dikecam oleh ramai pimpinan termasuk dari kalangan Barisan Nasional (BN).

“Jadi politik yang memecah belahkan bukan politik yang kita mahukan di Negeri Sembilan ataupun di Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, rakyat tidak memerlukan politik yang berasaskan perpecahan, sebaliknya negara memerlukan pendekatan yang mampu memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Kita dah lama merdeka, kita dah luncurkan bulan kebangsaan dan sepatutnya pada ketika ini kita bercakap tentang usaha untuk menyatu padukan, bukan untuk membeza-bezakan, bukan untuk memecah belahkan rakyat.

“Saya harap Datuk Seri Sanusi mengambil iktibar dan mengubah sikap beliau tapi saya percaya itu tidak akan berlaku,” katanya.

Sebelum ini, Sanusi dilaporkan berkata, Malaysia merupakan satu-satunya Tanah Melayu yang menjadi tempat orang Melayu, manakala kaum lain mempunyai negara asal masing-masing seperti India dan China.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata demikian ketika Ceramah Perdana Barisan Nasional (BN) dan PN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Jempol pada 24 Julai lalu.

Related Posts

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke diyakini memiliki kemampuan dan kekuatan untuk mencipta kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong