BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

SENDAYAN – Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 yang menggariskan 88 usaha berasaskan sembilan fokus utama sebagai tawaran kepada rakyat sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada 1 Ogos ini.

Manifesto bertemakan “Hebatkan Semula Negeri Sembilan, Kestabilan Dibina, Negeri Dijaga, Rakyat Dibela, Kemakmuran Dicipta” itu turut mengandungi 15 inisiatif di bawah Skim Salam Sejahtera serta cadangan penubuhan Unit Penyelarasan Pemantauan Pelaksanaan Manifesto bagi memastikan setiap komitmen yang dijanjikan dapat dipantau dan dilaksanakan.

Manifesto berkenaan diumumkan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Majlis Pelancaran Manifesto BN, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, manifesto yang dibentangkan bukan sekadar mengandungi janji politik, sebaliknya disusun berdasarkan pengalaman mentadbir dan kemampuan sebenar BN untuk melaksanakannya.

“Saya katakan tadi bahawa kita tak bina manifesto yang janji yang bukan-bukan. Kita tidak akan bentangkan manifesto yang tak boleh kita lakukan. Kita tak mahu kata bahawa kita tak sangka kita menang dan manifesto ini bukan kitab suci.

“Kita nak bentangkan manifesto, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saudara-saudari sekalian, adalah manifesto yang boleh kita lakukan berasaskan kepada pengalaman kita yang lalu.

“Dan dengan tambahan beberapa isu yang perlu kita lakukan untuk kita pastikan Negeri Sembilan terus maju dan Negeri Sembilan terus menjadi sebagai negeri yang boleh bersaing sebagai sebuah negeri yang membangun dan maju dalam negara kita,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata, sembilan fokus utama yang menjadi teras manifesto itu meliputi ekonomi dan pembangunan, taraf hidup, kebajikan dan kesejahteraan rakyat, pendidikan dan pembangunan insan, belia, wanita, serta keusahawanan.

Selain itu, manifesto berkenaan turut memberi penekanan terhadap sektor pertanian, agromakanan, pembangunan desa dan FELDA, di samping kediaman dan perumahan, alam sekitar serta pelancongan.

BN turut menggariskan komitmen memperkukuh agenda agama, adat dan budaya, warisan serta masyarakat Orang Asli, selain memperkasa sukan, rekreasi dan perpaduan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri.

Related Posts

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman