Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan sebarang mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.01 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah bergegas ke lokasi.

Menurutnya, jentera yang tiba kira-kira tiga minit kemudian mendapati kenderaan berkenaan berada di dalam lombong dengan hanya sebahagian bumbungnya kelihatan di permukaan air, sekali gus menimbulkan kebimbangan kemungkinan terdapat mangsa terperangkap.

“Ketua operasi dimaklumkan oleh pihak polis bahawa tiada sebarang laporan diterima berkaitan kejadian itu.

“Anggota kemudian memakai jaket keselamatan (Personal Flotation Device, PFD) sebelum melakukan pemeriksaan di dalam air dan mendapati tiada mangsa berada di bahagian hadapan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pihak polis kemudian mendapatkan bantuan trak penunda untuk mengeluarkan SUV berkenaan dari dalam lombong.

“Selepas kenderaan berjaya dikeluarkan sepenuhnya, pemeriksaan lanjut yang dilakukan anggota bomba bersama polis mengesahkan tiada mangsa terperangkap di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Menurutnya, operasi berjaya dikawal pada jam 12.12 tengah malam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.25 tengah malam.

Katanya, kenderaan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi berkenaan melibatkan lima anggota BBP Batu Gajah dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram