‘Tidak benar pencalonan saya di Linggi cubaan benam karier politik’

PORT DICKSON – Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun menyangkal dakwaan pencalonan beliau di DUN Linggi adalah cubaan membenamkan karier politiknya dan kaitan beliau dengan kem bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli juga tidak berasas.

Aminuddin memaklumkan, beliau sendiri yang membuat keputusan berhijrah dari DUN Sikamat ke Linggi untuk memperluaskan kemenangan PH di negeri itu dan perkara itu sudah berulang kali ditegaskan sebelum ini namun masih lagi menjadi peluru oleh pihak lawan.

Pada masa sama, beliau turut menyelar tuduhan kononnya wujud kem tertentu di dalam parti itu di Negeri Sembilan, susulan keputusan mencalonkannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi.

“Yang selalu sebut perkara ini (benam dan kem Rafizi) adalah ‘jiran’ sebelah sana (lawan politik) namun bagi saya yang penting ini keputusan politik saya, saya yang tawarkan diri, bukan arahan oleh mana-mana pimpinan. Apabila saya buat keputusan ini, saya yakin saya dapat bekerja di Linggi dan dapat diterima.

“Jadi isunya bukan kem mana-mana, sama ada kem A, kem B atau kem Rafizi. Tetapi bagi saya yang penting adalah pastikan bahawa Pakatan Harapan menang pada pilihan raya kali ini, insya-Allah,” katanya menerusi sidang media, pada Khamis.

Aminuddin ditanya berkenaan dakwaan kononnya keputusan pucuk pimpinan parti PKR meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN Linggi sebagai cubaan untuk membenam karier politik beliau memandangkan kawasan itu diketahu merupakan kubu kuat UMNO dan BN.

Malah, terdapat juga dakwaan kononnya keputusan tersebut sebagai ‘hukuman’ memandangkan Aminuddin sebelum ini sering dikaitkan dengan kem Rafizi.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut menegaskan, beliau juga bukan boneka kepada mana-mana pihak termasuk DAP dalam membuat keputusan bertanding di DUN Linggi.

Menurut beliau, PH tidak akan melayan serangan politik atau dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah sepanjang baki tempoh kempen, sebaliknya memberi tumpuan menjelaskan manifesto serta tawaran kepada rakyat.

“Saya bukan boneka mana-mana pihak, saya buat keputusan ini (tanding DUN Linggi) kerana saya sayangkan parti dan saya sayangkan perjuangan ini. Jadi saya akan teruskan perjuangan ini, insya-Allah.

“Serangan itu tidak memberi kesan kepada kami. Apa yang kami tawarkan kepada rakyat sudah diterjemahkan menerusi manifesto. Itulah yang lebih penting daripada melayan andaian dan fitnah yang dimainkan pihak lawan,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh