Dua maut, dua hilang tragedi perahu karam Sungai Baram

MARUDI – Dua beranak ditemui terkorban manakala dua lagi mangsa masih hilang selepas perahu yang dinaiki mereka dilaporkan karam di Sungai Seperot pada Isnin.

Mangsa yang maut ialah Joshua Uken Mathew, 38, dan anak lelakinya, Jovian Jangin Joshua yang berusia empat tahun.

Sementara itu, isteri Joshua iaitu Ceria Dullah, 43, bersama seorang lagi lelaki, Jonathan Nyurang Lusut, 45, dilaporkan masih belum ditemukan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, kesemua mangsa dari Kampung Long Selatong itu dipercayai dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Long San.

“Bagaimanapun, mereka gagal pulang ke rumah sejak 20 Julai sebelum penduduk kampung menemukan perahu yang dinaiki mangsa dalam keadaan karam di Sungai Seperot.

“Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam berhubung kejadian itu menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 11.23 pagi Selasa,” kata agensi itu menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Menurut kenyataan itu lagi, mayat mangsa kanak-kanak tersebut telah ditemukan oleh orang awam dan dibawa ke Klinik Kesihatan Long San.

Susulan laporan berkenaan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Eric Unyi telah digerakkan ke lokasi.

Perjalanan darat ke lokasi kejadian dilaporkan agak mencabar kerana memakan masa kira-kira lima jam menelusuri laluan jalan balak.

Memasuki hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Khamis, pasukan bomba dan polis telah digerakkan ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian di Long Na’ah.

Operasi SAR tersebut turut mendapat bantuan operasi secara meluas daripada penduduk Kampung Long Selatong, Long San, Long Na’ah, Long Keseh, dan Long Liam.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil