Lampu jalan empat tahun belum dipasang, Mohd Umry janji bawa isu ke hadapan

JELEBU – Membawa suara dan keperluan penduduk jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan antara tekad calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Mohd Umry Abdul Khois.

Menurutnya, setiap pertemuan dengan rakyat menjadi amanah untuk terus diperjuangkan demi memastikan kebajikan dan keperluan penduduk DUN Pertang diberi perhatian.

“Setiap tangan yang disalam, setiap suara yang didengar dan setiap doa yang diiringi menjadi amanah untuk kami terus berjuang.

“Insya-Allah, kami akan terus turun padang, mendekati rakyat dan membawa suara masyarakat DUN Pertang,” katanya.

Beliau turut meneruskan program walkabout di Kampung Geylang dengan menyantuni penduduk dari rumah ke rumah bagi mendengar sendiri isu yang dihadapi mereka.

“Antara isu yang dibangkitkan ialah permohonan pemasangan lampu jalan yang masih belum dilaksanakan walaupun telah dibuat sejak empat tahun lalu.

“Selain mendengar sendiri suara rakyat, kami turut memohon doa, bertukar pandangan dan mengharapkan sokongan serta kepercayaan masyarakat untuk bersama-sama membawa perubahan yang lebih baik buat DUN Pertang,” katanya.

Kerusi DUN Pertang pada PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Mohd Umry mewakili PH, penyandang Datuk Seri Jalaluddin Alias daripada Barisan Nasional (BN) dan Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus yang mewakili Bersatu.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63