Negeri Sembilan perlukan kesinambungan demi pertumbuhan ekonomi – Jufitri

SEREMBAN – Lebihan hasil yang direkodkan kerajaan Negeri Sembilan selama empat tahun berturut-turut akan terus dipulangkan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif, sekiranya Pakatan Harapan (PH) diberi mandat sekali lagi mentadbir negeri itu.

Ahli Dewan Negara, Senator Dr Jufitri Joha berkata, manifesto PH bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan hasil yang dinikmati diterjemahkan kepada manfaat secara langsung kepada rakyat.

Menurutnya, kejayaan kerajaan negeri merekodkan lebihan hasil hampir RM200 juta selama empat tahun berturut-turut membolehkan lebih banyak inisiatif kebajikan dan pembangunan dilaksanakan.

“Manifesto yang dibentangkan ini merupakan kesinambungan kepada pencapaian kerajaan negeri sepanjang dua penggal lalu, selain mengandungi beberapa penambahbaikan.

“Hasil lebihan itu akan dipulangkan semula kepada rakyat. Daripada bayi yang baru lahir, golongan belia, mahasiswa, keluarga, warga emas hinggalah kepada golongan berpendapatan rendah, semuanya akan menerima manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) selepas majlis Pelancaran Manifesto PH bagi PRN Negeri Sembilan, di sini pada Isnin.

Pada masa sama, beliau berkata, kestabilan politik perlu dikekalkan bagi memastikan agenda pembangunan ekonomi negeri dapat diteruskan.

Katanya, Negeri Sembilan kini mempunyai 11 atau 12 kawasan perindustrian yang sedang dibangunkan dan kesinambungan pentadbiran penting bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

“Pelaburan berimpak tinggi bukan sahaja merancakkan ekonomi negeri, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang bermaruah, khususnya kepada generasi muda,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Negeri Sembilan, terutama golongan muda, supaya menggunakan hak mengundi bagi menentukan kepimpinan negeri pada PRN kali ini.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu