Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

GOPENG – Penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka peluang lebih luas kepada negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota blok berkenaan yang mewakili lebih separuh daripada populasi dunia serta mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, Malaysia mengambil pendekatan ‘jalan tengah’ tanpa perlu bergantung atau memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia.

Menurut beliau, pendekatan itu membolehkan Malaysia mengimbangi hubungan perdagangan dengan pelbagai negara, selain memberi manfaat kepada negara kecil seperti Malaysia.

“Kita boleh menyeimbangkan perdagangan dengan pelbagai negara. Sebagai sebuah negara kecil, langkah mengambil jalan tengah ini adalah keputusan yang sangat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program MADANI Kita (PMK) bersama Komuniti Simpang Pulai @ Gopeng di Dewan Orang Ramai Rapat Setia di sini, pada Ahad.

Mohd Hisyamuddin berkata, rakyat dalam negara anggota BRICS mewakili lebih separuh daripada penduduk dunia dan mempunyai kuasa beli yang tinggi, justeru adalah satu kerugian sekiranya Malaysia tidak menyertai perikatan berkenaan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan Kenyataan Negara bertemakan ‘Membentuk Masa Depan ke arah Pertumbuhan Global yang Inklusif’ pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, hari ini.

Perdana Menteri dijangka menzahirkan penekanan Malaysia terhadap kepentingan memperkukuh kerjasama antara negara anggota dan negara rakan BRICS dalam menangani cabaran pembangunan serta memperluas peluang ekonomi, selain memastikan manfaat kemajuan teknologi dan inovasi dapat dinikmati secara lebih inklusif.

Mengulas persepsi negatif sesetengah pihak di media sosial berhubung ketiadaan Anwar dalam sesi bergambar bersama 11 ketua negara pada sidang kemuncak itu, Mohd Hisyamuddin berkata, perkara tersebut tidak menjejaskan peranan serta pengiktirafan rasmi kepada Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa 11 negara anggota BRICS merupakan negara rasmi dengan keahlian penuh, manakala Malaysia sebagai negara rakan BRICS turut terlibat secara terus dalam sektor perdagangan.

Katanya, kedudukan Malaysia sebagai negara rakan BRICS juga memberi peluang untuk negara menjalin hubungan akrab secara berterusan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Iran serta pemimpin dari Brazil dan Afrika Selatan.

“Ini merupakan peluang untuk kita menjalin hubungan akrab secara berterusan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, Presiden Iran serta pemimpin dari Brazil dan Afrika Selatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata JKOM bersama Jabatan Penerangan (JAPEN) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan bekerjasama secara strategik bagi memperkukuh penyampaian maklumat dan dasar kerajaan secara berterusan kepada masyarakat akar umbi.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KULIM – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal pentadbiran sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK