Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diwujudkan bagi lindungi mandat rakyat – Jufitri

SEREMBAN – Pelaksanaan Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu dipertimbangkan bagi menjamin kestabilan politik negara dan memastikan kerajaan yang dipilih rakyat dapat mentadbir sehingga tamat tempoh mandat.

Ahli Dewan Negara, Senator Dr Jufitri Joha berkata, penggubalan akta itu penting bagi mengelakkan pertukaran kerajaan di pertengahan penggal yang boleh menjejaskan pentadbiran serta keyakinan rakyat dan pelabur.

Beliau berkata, mana-mana kerajaan yang diberikan mandat melalui pilihan raya sepatutnya diberi ruang untuk mentadbir selama lima tahun penuh.

“Saya antara individu yang memperjuangkan supaya Akta Parlimen Berpenggal Tetap diwujudkan. Sesiapa sahaja yang diberi mandat oleh rakyat perlu diberikan tempoh lima tahun penuh untuk melaksanakan dasar serta menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat.

“Akta ini penting sebagai mekanisme untuk mencegah sebarang usaha ‘tebuk atap’ atau menjatuhkan kerajaan di pertengahan penggal sehingga menjejaskan kestabilan politik dan pentadbiran negara,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP).

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, di sini, pada Isnin.

Mengulas dakwaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan meneruskan kerjasama di peringkat Persekuan sekiranya memperoleh kemenangan pada PRN Negeri Sembilan, Jufitri berkata, perkara itu merupakan hak mana-mana parti politik.

“Itu hak mereka untuk bekerjasama. Bagi Pakatan Harapan pula, kami akan terus melaksanakan agenda yang telah dirancang demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri,” katanya.

Beliau bagaimanapun merayu pengundi supaya terus mempertahankan kestabilan politik yang dinikmati Negeri Sembilan ketika ini.

“Kita sudah melalui pengalaman ketidakstabilan politik sebelum ini. Sebab itu saya berharap rakyat tidak mengganggu kestabilan yang ada dengan memberikan mandat yang jelas kepada kerajaan untuk meneruskan pentadbiran.

“Apa yang penting ialah kerajaan yang dipilih dapat mentadbir dengan stabil sehingga tamat penggal. Dengan kestabilan itu, segala dasar pembangunan, pelaburan dan agenda kebajikan rakyat dapat dilaksanakan secara konsisten,” katanya.

Menurutnya, kestabilan politik bukan sahaja penting bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan, malah menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur terhadap hala tuju negeri dan negara.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan