Tiada arahan letak jawatan, PMX hanya titip pesan kekalkan disiplin ketika berkempen

JEMPOL – Tiada arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mana-mana menteri atau timbalan menteri yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) meletakkan jawatan setakat ini.

Sebaliknya, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Anwar hanya mengingatkan supaya setiap daripada mereka mengekalkan semangat perpaduan serta mengutamakan disiplin dan profesionalisme sepanjang tempoh berkempen.

Menurut beliau, Perdana Menteri memahami proses demokrasi sememangnya membuka ruang kepada perbezaan pandangan dan pertandingan politik seperti yang berlaku dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini.

“Setakat ini belum ada apa-apa arahan daripada Perdana Menteri. Cuma peringatan agar semua yang berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan mengekalkan semangat perpaduan. Ia juga peringatan supaya kita memastikan aspek disiplin dan profesionalisme sentiasa dipelihara ketika berkempen.

“Perdana Menteri memandang proses demokrasi itu memang seperti ini, membolehkan perbezaan pandangan dan pendapat. Malah, jika kita lihat beberapa PRN sebelum ini, parti-parti juga bertanding secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Ziarah Kasih bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G. Manivanan di Felda Palong 2, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri turut menegaskan kepentingan semua pemegang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus saling menghormati walaupun wujud perbezaan politik sepanjang kempen PRN.

“Yang ditegaskan adalah semua yang memegang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan mesti saling hormat-menghormati. Itu yang penting.

“Kita juga tahu setiap tindakan kerajaan Persekutuan mempunyai implikasi terhadap persepsi, khususnya dalam kalangan pelabur tempatan dan luar negara.

“Perdana Menteri turut mengambil kira aspek tersebut dalam menguruskan perbezaan yang mungkin timbul sepanjang proses demokrasi berlangsung,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan beliau bersedia melepaskan jawatan sebagai anggota Kabinet sekiranya diarahkan oleh Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, sekiranya seseorang menteri tidak lagi dikehendaki, tiada keperluan untuk terus menunggu bagi melepaskan jawatan.

Related Posts

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

TAMPIN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah, Veerapan Superamaniam memohon mandat baharu daripada pengundi bagi meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat yang telah diperjuangkannya sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

PORT DICKSON – Manifesto yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bukan sahaja memberi perhatian kepada golongan B40, malah turut merangkumi keperluan serta kebajikan kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

Peluang 50-50 DUN Chuah, Boon Lye tekad teruskan agenda pembangunan ekonomi

Peluang 50-50 DUN Chuah, Boon Lye tekad teruskan agenda pembangunan ekonomi

Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

OPB 2026: CIDB Tawau gempur tapak bina, gesa kontraktor tingkat pematuhan

OPB 2026: CIDB Tawau gempur tapak bina, gesa kontraktor tingkat pematuhan