Pelajar terjatuh di sekolah tidak cedera serius, kini stabil

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah memaklumkan pelajar yang terjatuh di kawasan sebuah sekolah di Papar tidak mengalami kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil.

JPN Sabah dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat berkata, kejadian pada 16 Julai itu dipercayai membabitkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika berada di kawasan sekolah sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Mangsa telah menerima pemeriksaan dan rawatan di hospital, berdasarkan laporan perubatan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan emosi mangsa terus diberi perhatian melalui pemantauan berterusan.

“Sokongan psikososial dan emosi turut diberikan kepada mangsa dan warga sekolah yang terkesan,” ujar kenyataan media tersebut.

Tambah JPN Sabah, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang berjalan oleh pihak berkuasa.

Tambahnya lagi, siasatan awal pihak sekolah mendapati tiada unsur jenayah atau buli dalam kejadian ini

Dalam pada itu, JPN Sabah turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih serta boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan kesejahteraan mangsa, keluarga dan seluruh warga sekolah.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014