Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini.

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting bagi memastikan TH ditadbir secara profesional dan bebas daripada gangguan politik.

Menurut beliau, TH tidak sepatutnya dijadikan gelanggang politik kerana institusi itu mempunyai mandat khusus untuk memberi manfaat kepada jemaah haji.

“Saya tidak benarkan seorang ahli politik dalam lembaga saya. Saya sangat beruntung kerana saya bekerja dengan dua kerajaan yang sangat baik, kerajaan saya sebelum ini dan kerajaan ini yang memahami saya bukan seorang politik di sini.

“Saya tidak mahu politik dengan TH. Saya rasa TH harus dilayan sebagai institusi kewangan Islam yang mempunyai tujuan untuk memanfaatkan haji,” katanya ketika ditemui media pada Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di Hotel Tenera, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, semakin cepat TH dikendalikan secara profesional, semakin baik penerimaan masyarakat Islam terhadap institusi berkenaan.

“Komposisi Lembaga Pengarah TH ketika ini terdiri daripada individu profesional daripada pelbagai latar belakang dan mempunyai tahap integriti serta reputasi yang tinggi,” katanya.

Katanya, pelantikan itu turut mengambil kira prinsip ‘fit and proper’, selain keseimbangan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan bagi meneruskan agenda transformasi TH.

“Alhamdulillah, saya boleh beritahu anda saya mempunyai lembaga yang hebat sekarang dan mereka semua datang daripada latar belakang sangat berdisiplin.

“Malah, mereka hadir dengan integriti tinggi dan reputasi. Mereka bekerja dengan baik dengan saya,” katanya.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA