Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, akses terus antara LPT2 dengan Pelabuhan Kuantan dan Taman Industri Kuantan Malaysia-China itu bukan sahaja menjimatkan masa perjalanan, malah menyokong pertumbuhan industri dan pelaburan di kawasan pembangunan utama sekitarnya.

Menurutnya, kemudahan berkenaan memudahkan akses ke Pelabuhan Kuantan dan Terengganu, sekali gus memendekkan tempoh perjalanan serta memberi kemudahan kepada pelabur dan pengguna dari kedua-dua negeri

“Ia juga seiring dengan fokus kerajaan negeri untuk meningkatkan infrastruktur supaya ia dapat memberi kebaikan, kemudahan dan keselesaan kepada pelabur.

“Lebih-lebih lagi kita kini dalam perancangan untuk membesarkan Pelabuhan Kuantan dan membangunkan Bandar Aeroangkasa Pahang di Gebeng,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan LPT2 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

Wan Rosdy turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Ekonomi serta semua pihak terlibat atas kerjasama dalam merealisasikan projek berkenaan yang berjaya disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Sementara itu, Ahmad Maslan berkata, dengan pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan itu, Plaza Tol Pelabuhan Kuantan akan mula beroperasi dan dibuka kepada semua pengguna lebuh raya bermula jam 6 pagi esok.

Menurutnya, laluan berkenaan melibatkan jajaran sepanjang 11.5 kilometer yang merangkumi 10.1 kilometer di Pahang dan 1.4 kilometer di Terengganu.

“Projek ini dilaksanakan secara berfasa melalui lima pakej utama dengan kos keseluruhan RM400 juta. Persimpangan bertingkat ini pula disiapkan dengan kos RM145 juta,” katanya.

Beliau berkata, semua pakej projek berkenaan disiapkan dan diserahkan kepada agensi berkaitan termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Kuantan.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India