RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran bantuan yang tersedia ketika berdepan isu keluarga dan nafkah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli berkata, pendekatan turun padang Jabatan Kehakiman Shariah Malaysia (JKSM) membolehkan kes atau konflik dalam masyarakat dikenal pasti dan cuba diselesaikan secara damai.

“Melalui RSK, komuniti dilibatkan bagi membantu menyelesaikan dan meredakan konflik dalam kalangan pihak yang terlibat terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut diambil melalui mahkamah.

“Sementara itu, menerusi Ops Nafkah yang melibatkan orang awam, aspek kefahaman turut diberi penekanan bagi membantu pasangan mengurus konflik rumah tangga dengan lebih baik, sekali gus mengelakkan perselisihan berpanjangan yang boleh memberi kesan emosi dan trauma kepada anak-anak.

“Yang paling penting, bagaimana akhirnya para isteri ini tahu di mana salurannya untuk mendapatkan bantuan sekiranya hak-hak nafkah mereka tidak dipenuhi,” ujarnya kepada media selepas merasmikan program Rakan Sulh Komuniti Siri 2 dan Ops Nafkah di sini, pada Khamis.

Mengulas mengenai kegagalan pembayaran nafkah tertunggak, Marhamah berkata, kerajaan sedang memperkemas langkahpenguatkuasaan bagi memastikan perintah pembayaran nafkah yang diputuskan mahkamah Syariah bukan sekadar kekal di atas kertas, sebaliknya dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“JKSM bersama-sama agensi berkaitan sedang merangka beberapa mekanisme bagi memastikan individu yang dikenakan perintah nafkah mematuhi penghakiman mahkamah.

“Ada beberapa isu yang menjadi cabaran kepada pihak hal ewal agama dalam melaksanakan dasar ini, tetapi pihak kita sentiasa berusaha dengan bekerjasama agensi-agensi lain yang berkaitan agar keputusan-keputusan ini dapat dilaksanakan.

“Di Wiayah Persekutuan, selain kita cakap agar keputusan ini tidak hanya di kertas sahaja, pihak JKSM dengan bantuan agensi-agensi lain sebenarnya sudah menyalurkan bantuan termasuk kewangan kepada penerima-penerima nafkah ini.

“Mereka yang gagal menerima nafkah daripada mantan suami sebenarnya boleh mendapatkan khidmat nasihat dan mengemukakan aduan kepada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), ” jelasnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM