Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

KANGAR – Seorang pempengaruh media sosial berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Iman Hazriq Azizan, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun 10 bulan di dalam sebuah bilik di Taman Kangar di sini kira-kira pukul 3.10 pagi pada 17 Jun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabila Ahmad Poad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh turut diarahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Hakim menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh ditahan polis pada 13 Julai lalu bagi membantu siasatan selepas disyaki merogol dan merakam gambar lucah mangsa di sebuah rumah sewa di Taman Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop sebelum ini dilaporkan berkata, suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.

Foto: Sinar

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak