Tuanku Muhriz, Aminuddin tunai solat Jumaat bersama rakyat, cerminan hubungan erat istana-kerajaan negeri

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menzahirkan kesyukuran apabila berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, di Masjid Kariah Pantai hari ini.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-‘Abidin serta Undang Luak Sungai Ujong, Muhammad Faris Johari.

Aminuddin berkata, keberangkatan Tuanku Muhriz mencemar duli menunaikan solat Jumaat bersama rakyat mencerminkan hubungan yang akrab antara institusi diraja, kerajaan negeri dan rakyat Negeri Sembilan.

“Keberangkatan Tuanku mencerminkan hubungan yang begitu dekat antara institusi diraja dan rakyat serta menjadi lambang perpaduan, keharmonian dan kasih sayang yang terus menyatukan seluruh warga Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT terus melimpahkan rahmat kepada Tuanku Muhriz, memelihara institusi diraja serta mengurniakan keamanan, kesejahteraan dan keberkatan yang berpanjangan buat Negeri Sembilan.

Kehadiran Tuanku Muhriz bersama Aminuddin itu turut memperlihatkan komitmen institusi diraja dan kepimpinan kerajaan negeri dalam mendekati rakyat serta mengukuhkan nilai perpaduan yang menjadi teras kestabilan Negeri Sembilan.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014