‘Saya tidak lari dari Sikamat’ – Aminuddin

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan keputusan bertanding di DUN Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bukan kerana meninggalkan atau “lari” dari kubu kuatnya di Sikamat, sebaliknya dibuat atas kehendak sendiri untuk terus berbakti kepada rakyat.

Aminuddin menegaskan ia dibuat atas pilihan sendiri kerana mahu membawa pengalaman dan khidmatnya kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau menjelaskan, Sikamat merupakan tempat bermulanya perjalanan politik beliau sejak 2008 apabila dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebelum terus mempertahankan kerusi itu selama empat penggal termasuk ketika dilantik sebagai Menteri Besar.

“Saya bukan lari dari Sikamat. Empat penggal saya di Sikamat. Dari seorang ADUN pembangkang sehingga menjadi Menteri Besar, saya tetap di Sikamat.

““Saya ke Linggi atas kehendak saya. Saya ingin berbakti kepada penduduk DUN Linggi. Jika Allah mengizinkan kemenangan, saya akan bekerja lebih keras lagi untuk penduduk di DUN Linggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Khamis.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapannya di Paroi malam tadi menyindir Aminuddin ‘lari’ dari Sikamat dan Barisan Nasional akan ‘melanyak’ beliau sehingga ke Linggi.

Dalam pada itu, Aminuddin turut mengimbau detik awal perjuangan politiknya ketika beroperasi dari sebuah pejabat kecil di atas kedai dan berdepan kekangan peruntukan sebagai wakil rakyat pembangkang.

“Pelbagai usaha dilakukan bersama penyokong dan penduduk bagi mengumpul dana serta melaksanakan program kebajikan demi membantu masyarakat setempat.

“Susah dan lelah saya, penduduk Sikamat yang tahu. Dulu peruntukan pembangkang sangat terhad, macam-macam cara kami cari dana untuk membantu rakyat,” katanya.

Aminuddin turut menyifatkan hubungan beliau dengan penduduk Sikamat kini melangkaui hubungan wakil rakyat dan pengundi, sebaliknya sudah seperti sebuah keluarga.

“Setiap kali pulang mengadakan program bersama rakyat Sikamat, saya rasa seperti pulang ke kampung sendiri. Isteri dan anak-anak saya juga sudah begitu mesra dengan penduduk di sana,” katanya.

Dalam masa sama, Aminuddin berkata beliau telah menyerahkan “baton perjuangan” di Sikamat kepada calon Pakatan Harapan, Ustaz Norazman, sambil berpesan supaya menjaga kebajikan penduduk di kawasan itu.

“Saya sudah pesan, jaga Sikamat. Saya sayang Sikamat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan beliau akan menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat di rumah keluarga Allahyarham Cikgu Badaruddin, individu yang disifatkannya antara orang terawal menerima dan menyokong beliau ketika mula bertapak di Sikamat.

Related Posts

Putra persoal gesaan UMNO, Pas supaya PRU16 diawalkan

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mempersoalkan gesaan UMNO dan Pas supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, pihaknya meneliti secara mendalam alasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika UMNO pilih PN, PH perlu perluas ‘khemah besar’ – Faiz

PAKATAN HARAPAN (PH) perlu memperluaskan konsep ‘khemah besar’ dengan mencari rakan politik baharu sekiranya UMNO memilih memperkukuh kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, PH…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014