Sultan Selangor titah kerajaan negeri contohi teknologi tebatan banjir Singapura

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan kerajaan negeri supaya meneliti serta mengadaptasi model pembangunan dan teknologi tebatan banjir yang dilaksanakan di Singapura bagi memperkukuh usaha menangani isu banjir di Selangor.

Menurut kenyataan yang dimuat naik Selangor Royal Office di Facebook, baginda berpandangan pendekatan yang digunakan republik itu boleh dijadikan rujukan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di negeri berkenaan.

“Baginda mahu agar Kerajaan Negeri Selangor belajar dan mengadaptasi model pembangunan serta teknologi yang diguna pakai Singapura bagi mengatasi masalah banjir di negeri Selangor,” menurut kenyataan itu.

Hasrat tersebut dizahirkan ketika Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana Alam Shah, baru-baru ini.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dalam sesi menghadap yang berlangsung hampir sejam itu, kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara melibatkan pembangunan ekonomi serta kemajuan Selangor dan Singapura.

Baginda turut menyatakan minat terhadap kejayaan Singapura dalam melaksanakan teknologi tebatan banjir, kaedah pemulihan dan pembersihan sungai serta pendekatan pembangunan mampan yang mengimbangi pembangunan dengan pemeliharaan alam sekitar.

Presiden Tharman di Malaysia bagi Lawatan Negara selama tiga hari dan diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, selaku menteri pengiring.

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis