PRK Mahkota: Pengundi Orang Asli keluar memilih kali pertama

KLUANG – Seawal jam 7 pagi, pengundi Orang Asli Kampung Tanah Runtuh keluar untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil (SSAJ) disini, hari ini.

Seorang suri rumah, Siti Nur Hida Noorsham, 29, yang juga merupakan anak kepada Tok Batin berkata, ini merupakan pengalaman pertama buat dirinya mengundi.

Siti berkata, proses pengundian juga berjalan lancar dengan bantuan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa.

“Kami tiba di pusat mengundi seawal jam 7 pagi. Ketika beratur pun tak panjang sangat. Masa mengundi itu pun okay, Alhamdulillah tak susah sangatlah walaupun saya pertama kali mengundi di DUN Mahkota ini.

“Petugas SPR sangat membantu bagi sesiapa yang baru mengundi,” katanya ditemui The Malaysia Press pada Sabtu.

Sementara itu, seorang lagi pengundi kampung yang sama, Radiah Shari, 35, berkata, dia meletakkan harapan tinggi kepada wakil rakyat yang dipilih kelak mampu membela nasib kaum Orang Asli di kawasan tersebut.

“Harapan kami besar sebagai pengundi Orang Asli di DUN Mahkota berharap agar wakil rakyat yang dilantik nanti akan selalu rajin turun padang melawat kami, mendengar keluh kesah kami kerana kami satu-satunya kumpulan orang Asli di sini.

“Kelompok kami kecil saja dan tak susah nak jaga kami berbanding di DUN lain yang lebih banyak,

Semoga juga, beliau mampu mengotakan janji sebagai seorang pemimpin untuk kami di DUN Mahkota ini. Kerana kami mencari seorang pemimpin yang berjiwa rakyat,” katanya.

Dianggarkan seramai 200 orang daripada 60 buah keluarga yang tinggal di kampung itu.

Untuk rekod, SMK Sultan Abdul Jalil merupakan antara pusat mengundi paling ramai membabitkan 4,700 pengundi di sembilan saluran.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi