Eksesais Samudera Perkasa Timur platform perkasa kebolehoperasian, kesefahaman komuniti maritim

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Eksesais Samudera Perkasa Timur jadi platform terbaik untuk memperkasa aspek kebolehoperasian dan persefahaman komuniti maritim secara bersama dalam menentukan kestabilan dan keamanan serantau khususnya di Laut China Selatan.

Menurut siaran media daripada Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Timur, ia merupakan Eksesais Bersepadu yang dilaksanakan buat kali kedua antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Eksesais ini dilaksanakan di Kota Kinabalu bermula 23 hingga 27 September dengan melibatkan dua buah kapal TLDM iaitu KD Kelantan dan KD Rencong serta sebuah Pesawat Helikopter Maritim (HOM). 

“Manakala Maritim Malaysia melibatkan empat buah kapal iaitu KM Adil, KM Bistari, KM Stapa dan KM Renggis.

“Selain itu, eksesais kali ini turut melibatkan elemen daripada Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM dan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia dalam siri latihan High Risk Visit, Board, Search and Seizure (VBSS),” kata kenyataan tersebut di sini pada Jumaat. 

Tambahnya, tema eksesais bagi siri kali ini adalah Peperangan dan ‘Search and Rescue’ (SAR) selaras dengan ‘Six Years Roadmap (2023 – 2028)’ yang telah dibangunkan.

Katanya, rancangan aktiviti yang dilaksanakan meliputi Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut yang terdiri daripada ‘Subject Matter Expert Exchange’ (SMEE), ‘Table Top Exercise’ (TTX) dan ‘Field Training Exercise’ (FTX).

Terdahulu, eksesais dirasmikan oleh Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Mohd Norizal Fahrudin pada 25 September lepas manakala pada Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup eksesais yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Related Posts

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas