Lima beradik semangat pulang mengundi

KLUANG – Meskipun tinggal berjauhan selain ada antara mereka yang mengalami masalah kesihatan, namun lima beradik ini tetap bersemangat untuk pulang ke kampung halaman demi menunaikan kewajipan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.

Kelima-lima mereka, Zahreen Zainal, 48, Mahanun, 39, Mohamad Helmi, 37, Tarmizi, 29, dan Siti Khadijah, 25, teruja apabila berpeluang membuang undi di tempat sama iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu, di sini.

Mohamad Helmi yang terpaksa hadir dengan menaiki kerusi roda selepas cedera di bahagian lutut akui tetap berusaha melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat di DUN Mahkota.

“Saya menetap di Skudai, Johor Bahru dan meskipun dalam keadaan kurang berkemampuan akibat kecederaan dialami, ia tak menjadi halangan untuk saya pulang ke rumah orang tua kami di Kampung Melayu, di sini.

“Tambahan pula bila ramai adik-beradik berpakat untuk pulang mengundi, ia jadi seperti ‘reunion’ buat keluarga kami apabila yang bukan pengundi DUN sini pun nak balik dan berkumpul bersama,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Zahreen yang menetap di Puchong, Selangor pula berkata, dia yang baru tiba di Kluang semalam bersemangat menunaikan tanggungjawab bagi menentukan masa depan negara.

“Kita mahukan negara ke arah yang betul, lebih baik dan terjamin dengan menyediakan peluang pekerjaan.

“Kalau tiada pekerjaan susah. Kalau kita ada pelajaran tetapi tiada pekerjaan pun susah terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,” katanya.

Siti Khadijah pula berkata, dia dan suami yang tinggal di Kuantan mengambil cuti hari ini dan tiba di rumah keluarganya jam 12 tengah malam tadi.

Dia yang bekerja sebagai pengendali dokumen bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan pulang mengundi kerana merasakan setiap undi berharga.

“Itu sebab kami pulang mengundi termasuk kakak saya, Mahanun dari Melaka dan Tarmizi yang pulang dari Johor Bahru. Setiap undi tidak boleh disia-siakan,” katanya.

Proses pengundian PRK DUN Mahkota bermula pukul 8 pagi dan akan berakhir pukul 6 petang ini.

Related Posts

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

KUALA LUMPUR – Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) yang baru dilaksanakan menunjukkan impak positif apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyalurkan lebih RM1.2 juta faedah kepada pencarum dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

BATU PAHAT – Sebarang persepsi, dakwaan atau kontroversi terhadap mana-mana individu tidak sewajarnya dijadikan hukuman awam tanpa melalui proses sewajarnya (due process) dan keputusan institusi berautoriti. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Premis industri jadi sekolah Rohingya diserbu di Alor Setar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

Kerajaan Persekutuan disaran beli perkhidmatan kardiologi hospital swasta – Dr Annuar

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran

26,000 kenderaan komersial di Sarawak daftar SKDS, KPDN perluas 35 kategori pendaftaran