Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

KOTA BHARU – Orang ramai termasuk pempengaruh diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri berhubung isu komuniti Rohingya kerana perbuatan sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan provokasi serta menjejaskan keamanan negara.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Datuk Noor Hisam Nordin berkata, sebarang maklumat berkaitan lokasi komuniti berkenaan hendaklah disalurkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang.

Menurutnya, tindakan segelintir pihak yang mendakwa terpaksa mengambil tindakan sendiri susulan kelewatan pihak berkuasa boleh membawa implikasi negatif sekiranya dipengaruhi emosi.

“Jika tindakan diambil oleh orang perseorangan seperti pempengaruh, kita bimbang ia akan melampaui batas dan tidak mengikut lunas undang-undang,” katanya, seperti dilaporkan berita tempatan pada Isnin.

Mengulas tindakan menularkan lokasi yang didakwa menjadi penempatan komuniti Rohingya, Noor Hisam berkata, maklumat berkenaan seharusnya disalurkan terus kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan susulan diambil mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Kita pun tidak tahu apa niat mereka menularkan maklumat itu, sama ada mahu menggalakkan orang lain mengambil tindakan sendiri atau sebagainya.

“Lapor kepada kami supaya tindakan susulan dapat diambil mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada, termasuk di bawah Akta Imigresen atau pelbagai akta lain,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis tidak mahu penyebaran maklumat berkaitan komuniti berkenaan mencetuskan provokasi atau menjejaskan ketenteraman awam.

“Kita lihat sekarang ini di media sosial pun banyak provokasi atau mesej negatif berkaitan Rohingya.

“Kita tidak mahu perkara ini merosakkan keamanan,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills