Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

KOTA KINABALU – Perbezaan tahap pengalaman dan kemampuan peserta Borneo Rising memberi cabaran kepada barisan juri untuk membuat penilaian secara adil.

Juri tetap program itu, Marsha Milan berkata, sebahagian peserta merupakan bakat baharu yang masih mencari rentak, manakala selebihnya sudah mempunyai pengalaman sebagai penyanyi tempatan.

“Memang sukar untuk memberikan markah kerana ada peserta yang sudah bergelar artis dan ada juga yang benar-benar baharu dalam industri.

“Sebagai penghibur, saya memahami kesilapan yang dilakukan kerana kami juga pernah melaluinya. Namun, ini sebuah pertandingan dan kami tetap perlu berlaku adil,” katanya kepada media selepas konsert minggu kedua Borneo Rising di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di sini, pada Ahad.

Marsha berkata, persembahan sebahagian peserta pada minggu kedua dilihat sedikit menurun selepas mereka mencurahkan terlalu banyak tenaga pada minggu pembukaan.

“Pada minggu pertama, mereka memberikan persembahan seperti sudah berada di pentas akhir, namun minggu kedua pula kita mula melihat beberapa kelemahan.

“Saya tidak pasti sama ada mereka kehilangan motivasi, kekurangan tenaga atau dipengaruhi pemilihan lagu. Bagaimanapun, masih ada peserta yang mampu mengekalkan momentum walaupun kurang sihat,” katanya.

Menurutnya, pemilihan lagu turut mempengaruhi persembahan kerana peserta perlu membawa karakter lagu tanpa terlalu dibayangi penyanyi asal.

“Setiap lagu mempunyai karakter tersendiri. Jika peserta tidak mampu menyesuaikannya dengan identiti mereka, kelemahan dari segi nada, ritma dan penyampaian akan lebih mudah kelihatan.

“Kebanyakan mereka mungkin belum pernah mempunyai platform sebesar ini dan bukan semuanya datang dengan pengalaman sebagai artis.

“Sebab itu kami mahu memberikan mereka peluang untuk belajar dan menunjukkan perkembangan sepanjang lapan minggu pertandingan,” katanya.

Tambah Marsha, status sebagai artis juga tidak menjamin seseorang peserta mampu bertahan sekiranya gagal mempamerkan kemajuan dari minggu ke minggu.

“Setiap peserta sudah mempunyai karakter atau ‘DNA’ persembahan masing-masing.

“Namun, jika graf persembahan mereka kekal sama tanpa sebarang peningkatan, mereka juga mungkin tidak akan terselamat,” katanya.

Pada masa sama, Marsha percaya penyertaan dalam Borneo Rising sudah membuka ruang pendedahan lebih luas kepada bakat Sabah dan Sarawak, khususnya dalam kalangan penonton di Semenanjung.

“Berdasarkan apa yang saya lihat di media sosial, mereka sebenarnya sudah mendapat pendedahan.

“Minggu pertama menjadi pengenalan kepada penonton di Semenanjung.

“Selepas ini, semuanya bergantung kepada sejauh mana mereka mampu menunjukkan perkembangan dalam setiap persembahan,” katanya.

Mengenai pencalonannya dalam Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), Marsha berkata, beliau menerima empat pencalonan lagu membabitkan tiga kategori.

“Saya gembira kerana akhirnya Borneo mempunyai kategori khas. Walaupun matlamat utama saya bukan semata-mata untuk menang, saya berharap dapat membawa pulang sesuatu daripada AIM.

“Sekiranya diberikan peluang dan rezeki untuk memenangi mana-mana kategori, saya amat bersyukur,” katanya.

Marsha merupakan antara juri tetap Borneo Rising bersama Noh Salleh dan Shila Amzah. Program itu disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria dan TV Okey serta secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills