Penubuhan pusat kajian telekomunikasi satelit luaskan penggunaan teknologi ‘direct-to-cell’

PENUBUHAN pusat kajian dan penyelidikan, serta pusat kecemerlangan pertama di Malaysia dalam bidang telekomunikasi satelit mampu membantu usaha kerajaan dalam meluaskan penggunaan teknologi ‘direct-to-cell’ menerusi satelit orbit rendah (LEO).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pusat berkenaan yang bakal dibangunkan oleh Geespace dan Altel boleh menjadi platform untuk lebih banyak kajian dijalankan bagi melihat kesesuaian penggunaan teknologi itu.

Memetik daripada Bernama, beliau berkata teknologi ‘direct-to-cell’ dilihat penting kerana berupaya membantu menyelesaikan masalah kesalinghubungan di tempat terpencil, termasuk mereka yang berada di sempadan negara atau nelayan yang berada di lautan untuk mendapatkan liputan internet.

“Menerusi pusat R&D dan pusat kecemerlangan ini, saya rasa akan beri peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia terlibat dalam bidang ini, kerana tidak dinafikan ini satu bidang baharu yang mengujakan dan berupaya menjana pendapatan bagi negara kita.

“Harapan saya dengan adanya pusat kecemerlangan ini, ia akan dapat meningkatkan mutu, kualiti serta jumlah kajian yang boleh diaplikasikan dengan produk yang boleh dikomersialkan, khusus dalam bidang teknologi satelit seterusnya memberi limpahan ekonomi kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menyaksikan majlis penandatanganan perjanjian usahasama antara Geespace yang diwakili Ketua Pegawai Teknologi Edison Ding dan Altel diwakil Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Altel Group Sdn Bhd Mohamad Helmi Harith di Beijing, China.

Teknologi ‘direct-to-cell’ membolehkan telefon menerima isyarat telekomunikasi yang dipancarkan satelit LEO tanpa sebarang perkakasan tambahan. Satelit LEO biasanya beroperasi pada ketinggian 300-2,000 kilometer dari permukaan bumi, lebih murah serta memberikan penghantaran isyarat lebih cekap.

Fahmi berkata, beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), untuk meneliti aspek permohonan yang dikemukakan syarikat itu dalam memperkenalkan teknologi berkenaan.

“Saya telah minta MCMC meneliti aspek permohonan dan saya telah minta Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk melihat kesesuaian, menerbitkan rancangan atau dokumentari mengenai tekonologi seperti ini dan juga teknologi baharu yang disebut ’emergence technology’,” katanya.

Beliau berkata, Altel dan Geespace juga difahamkan sedang mengusahakan satu bukti konsep menjelang suku kedua 2025 bagi teknologi ‘LEO satellite IoT’, ‘High Precision Positioning’ dan ‘Direct-to-cell’ yang diharap mampu manfaatkan rakyat Malaysia.

Related Posts

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

KERJASAMA antara UMNO dan Pas dilihat masih berdepan jurang kepercayaan meskipun kedua-dua parti semakin terbuka untuk meneroka bentuk kerjasama politik menjelang pilihan raya akan datang. Penganalisis politik, Prof Madya Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

KOTA BHARU – Orang ramai termasuk pempengaruh diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri berhubung isu komuniti Rohingya kerana perbuatan sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan provokasi serta menjejaskan keamanan negara. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

  • By Ezmie
  • September 14, 2026
Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

Aspirasi Hari Malaysia: Generasi muda mahu kemakmuran negara, kilauan emas Olimpik

Aspirasi Hari Malaysia: Generasi muda mahu kemakmuran negara, kilauan emas Olimpik

Abdul Aziz dilantik Timbalan KPN baharu

Abdul Aziz dilantik Timbalan KPN baharu

Polis siasat MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangani Surat Cara Proklamasi

Polis siasat MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangani Surat Cara Proklamasi