Abdul Aziz dilantik Timbalan KPN baharu

KUALA LUMPUR – Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) berkuat kuasa 9 September lalu, menggantikan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang bersara wajib pada Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan itu dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis, selaras Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam bidang kepolisan, Abdul Aziz mempunyai kompetensi dan daya kepimpinan yang tinggi sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

“Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Aziz, 59, dilahirkan pada 19 Februari 1967 di Penaga, Pulau Pinang dan berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau memulakan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Julai 1995 dan sepanjang lebih tiga dekad dalam PDRM, mempunyai pengalaman dalam Jabatan Pengurusan, Jabatan Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Abdul Aziz juga pernah ditempatkan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Antara jawatan strategik pernah disandang beliau ialah Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Timbalan Pengarah Narkotik dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber dan Ketua Penolong Pengarah Pasukan Khas Siasatan Bersepadu sebelum memegang jawatan Pengarah Pengurusan Bukit Aman.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan