UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

KERJASAMA antara UMNO dan Pas dilihat masih berdepan jurang kepercayaan meskipun kedua-dua parti semakin terbuka untuk meneroka bentuk kerjasama politik menjelang pilihan raya akan datang.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata, perbezaan pendirian yang ditunjukkan pemimpin kedua-dua parti menggambarkan usaha membina persefahaman antara UMNO dan Pas masih belum mencapai tahap kukuh.

Beliau berkata, ketidakselesaan pemimpin Pas terhadap saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya keikhlasan kerjasama dibuktikan menerusi agihan dalam pilihan raya negeri (PRN) membabitkan gabungan SG4, menunjukkan masih wujud persoalan mengenai tahap kepercayaan antara kedua-dua parti.

“Respons Sanusi menunjukkan Pas tegas akan mempertahankan kerusi mereka dan mungkin tidak akan berkompromi dalam hal ini.

“Ini bererti tahap kepercayaan UMNO terhadap Pas masih rendah,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Isnin.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sebelum ini menegaskan keikhlasan Pas tidak perlu diuji susulan saranan Mohamad itu.

Sanusi turut mempersoalkan pendirian UMNO yang tidak melepaskan mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Pas dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Mengulas perkembangan itu, Mazlan berkata, respons Sanusi menunjukkan Pas tegas mempertahankan pendiriannya dan tidak mudah menerima pendekatan yang dilihat sebagai ukuran terhadap keikhlasan parti berkenaan dalam menjalin kerjasama.

“Respons Sanusi menunjukkan Pas tegas akan mempertahankan kerusi mereka dan mungkin tidak akan berkompromi dalam hal ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa kerjasama yang dipersetujui UMNO hanya membabitkan Pas dan bukannya Perikatan Nasional (PN), turut berpotensi menambah kerumitan terhadap usaha membina persefahaman lebih luas.

Katanya, keadaan itu memberi gambaran bahawa kerjasama melalui gagasan muafakat ummah lebih menjurus kepada hubungan dua hala UMNO-Pas, bukannya membabitkan keseluruhan komponen PN.

“Ini bererti kerjasama dalam muafakat ummah hanya membabitkan UMNO dan Pas sahaja, termasuk pembahagian kerusi dan kerjasama dalam pilihan raya.

“Keadaan ini juga memberi gambaran bahawa Parti Wawasan tidak diiktiraf UMNO,” katanya.

Beliau berkata, pendirian itu berpotensi menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan parti lain dalam PN, sekali gus menyukarkan usaha membentuk kerjasama politik yang lebih menyeluruh.

Mazlan berkata, perkembangan berkenaan memperlihatkan UMNO dan Pas masih perlu menangani persoalan asas berkaitan kepercayaan dan bentuk kerjasama sebelum hubungan politik antara kedua-dua parti dapat diperkukuh.

Katanya, jika perbezaan pendirian itu berterusan, ia boleh menjadi cabaran kepada usaha kedua-dua parti mencapai persefahaman lebih jelas menjelang pilihan raya akan datang.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills