Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kembali bergelar wakil rakyat selepas berjaya menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dengan meraih undi 41,694 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Maszlee yang juga Ketua PKR Cabang Simpang Renggam memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 5,738 undi.

Beliau berjaya mengetepikan pencabar dari Barisan Nasional, Teow Chia Ling yang memperoleh undi 35,956, calon Muda, Rashifah Al Junied (5,821), calon Bersama, Nicholas Paul Vincent (2,389) dan calon bebas, Wang Wee Szoang (238).

Sebelum menyertai gelanggang politik pada 2018 menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Maszlee merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pada PRU14, Maszlee memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam atas tiket Bersatu dan dilantik oleh Pakatan Harapan sebagai Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun, beliau hanya memegang jawatan tersebut selama 20 bulan sahaja sebelum membuat keputusan meletakkan jawatan.

Sementara itu, kerusi DUN Puteri Wangsa mempunyai 128,723 pengundi berdaftar dengan sebanyak 63,058 undi direkodkan setakat keputusan tidak rasmi itu.

Pada PRN Johor ke-15, kerusi DUN Puteri Wangsa disandang oleh Amira Aisya Abd Aziz daripada Muda.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

JOHOR BAHRU –  Barisan Nasional (BN) memenangi 29 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, sekaligus memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. Pengerusi Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor