Lebih 50 peratus keluar mengundi di SMK Taman Kota Kulai setakat 12 tengah hari

KULAI – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membabitkan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung dalam keadaan lancar di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Kulai, di sini, hari ini.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati, suasana di pusat mengundi berkenaan kekal tenang sejak pusat mengundi dibuka pada jam 8 pagi, dengan pengundi hadir secara berperingkat bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pusat mengundi yang menempatkan 7,951 pengundi berdaftar itu menyediakan 12 saluran pengundian bagi melancarkan proses pembuangan undi.

Saluran membabitkan pengundi warga emas merekodkan kehadiran paling tinggi berbanding saluran lain apabila golongan itu hadir lebih awal untuk mengundi.

Setakat jam 12 tengah hari, lebih 50 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar di pusat mengundi berkenaan telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Sepanjang tempoh pengundian, keadaan di pusat mengundi dilaporkan terkawal dengan proses keluar masuk pengundi berjalan lancar, manakala petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan proses pengundian berlangsung dengan teratur.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia