DBKL perhebat mitigasi pokok, utamakan keselamatan warga kota

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mempergiat usaha mitigasi pokok di seluruh ibu negara sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan warga kota.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan pemantauan dan penyelenggaraan pokok akan diteruskan secara berkala bagi memastikan setiap pokok di kawasan awam berada dalam keadaan baik serta tidak mengundang risiko kepada pengguna jalan raya dan penduduk.

“Kerja-kerja mitigasi yang dilaksanakan melibatkan pemangkasan dahan berisiko, penebangan pokok uzur serta rawatan terhadap pokok yang dikenal pasti berpotensi mendatangkan bahaya.

“Inisiatif ini merupakan langkah proaktif DBKL dalam mengurangkan risiko kejadian tidak diingini, di samping memastikan persekitaran bandar kekal selamat dan lestari,” menurut kenyataan itu.

Antara lokasi yang telah menjalani kerja-kerja mitigasi ialah Jalan Setia Bakti di Bukit Damansara, Changkat Tunku di Taman Duta, Jalan Ketumbar di Cheras, Perkuburan Jepun di Jalan Loke Yew, Jalan Pertiwi di Maluri, Jalan Abdullah di Brickfields, Jalan Bukit Bintang, Batu 3½ Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Senang Ria di Taman Gembira, Taman Metropolitan Kepong serta Taman Bukit Cheras di Bandar Tun Razak.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan keselamatan serta papan tanda yang dipasang di kawasan kerja bagi memastikan operasi dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

Related Posts

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

TAWAU – Penduduk di sekitar daerah Tawau dinasihatkan supaya tidak panik atau cemas sekiranya melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang pada altitud rendah serta kehadiran aset-aset pertahanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

KOTA KINABALU – Pemilik kenderaan diesel di Sabah kini mempunyai lebih banyak ruang untuk melengkapkan urusan pertukaran hak milik apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah membuka kaunter khas pada setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

Penduduk Tawau dinasihat tidak cemas lihat pesawat TUDM terbang rendah mulai Isnin ini

JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

JPJ Sabah buka kaunter khas hujung minggu, mudahkan pemilik kenderaan diesel mohon BUDI Diesel

DBKL perhebat mitigasi pokok, utamakan keselamatan warga kota

DBKL perhebat mitigasi pokok, utamakan keselamatan warga kota

Lebih 50 peratus keluar mengundi di SMK Taman Kota Kulai setakat 12 tengah hari

Lebih 50 peratus keluar mengundi di SMK Taman Kota Kulai setakat 12 tengah hari

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari

Sibu bakal distruktur semula berteraskan ekonomi rendah karbon – Abang Johari