Kerajaan Selangor tegaskan dasar menyeluruh, tolak dakwaan gagal tangani isu perumahan


SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menegaskan dasar perumahan negeri dirangka secara komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat, bukan sekadar diukur berdasarkan jumlah rumah yang berjaya disiapkan.

EXCO Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah berkata, sebagai negeri yang menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara serta mempunyai lebih tujuh juta penduduk, Selangor berdepan cabaran perumahan yang lebih kompleks berbanding negeri lain.

“Dasar perumahan Kerajaan Negeri bukan hanya tertumpu kepada pembinaan rumah, sebaliknya membentuk ekosistem lengkap yang merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan, pembiayaan dan penawaran mengikut keperluan semasa,” katanya, seperti dipetik Media Selangor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai yang mendakwa kerajaan negeri gagal menangani isu perumahan.

“Dasar perumahan negeri turut menyediakan pelbagai pilihan kepada rakyat untuk memiliki atau menyewa kediaman mengikut kemampuan masing-masing.

“Antara inisiatif yang ditawarkan ialah Rumah Selangorku, Rumah Idaman MBI, Rumah Selangorku Harapan dan Pangsapuri Perkhidmatan Mampu Milik bagi pemilikan rumah, selain Skim Smart Sewa sebagai laluan kepada penyewaan,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Faizzuddin mendakwa Selangor merekodkan 3,745 unit rumah siap dibina tetapi masih tidak terjual, antara jumlah tertinggi di negara ini.

Beliau turut mendakwa sebanyak 186,231 unit projek perumahan atau 73.15 peratus masih berada pada peringkat perancangan dan kelulusan teknikal, manakala 25,592 unit lagi masih dalam pembinaan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda terus menyewa kerana sukar memiliki rumah sendiri berikutan harga pasaran yang tinggi serta kelewatan projek rumah mampu milik disiapkan.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK