Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

BATU PAHAT – Kesesakan trafik menuju ke selatan yang mula tular di media sosial sejak petang tadi disifatkan petanda positif peningkatan kesedaran rakyat Johor untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), pada Sabtu.

Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar berkata, situasi itu turut dimaklumkan oleh ahli keluarganya yang sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Senggarang.

“Saya sendiri tidak perasan pada mulanya, tetapi ahli keluarga yang dalam perjalanan pulang menghantar gambar dan video keadaan trafik (berlaku kesesakan).

“Mereka kata keadaan kali ini memang luar biasa berbanding kebiasaan,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) pada satu program di Parit Terus, pada Jumaat.

Onn berkata, jika keadaan itu benar-benar menggambarkan peningkatan jumlah anak Johor yang pulang mengundi, ia memberi petanda baik kepada proses demokrasi di negeri itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berharap kehadiran pengundi yang tinggi akan diterjemahkan kepada satu gelombang positif pada hari pengundian.

“Kalau betullah ramai yang pulang kali ini, kita harap akan berlaku sesuatu yang luar biasa pada esok.

“Justeru, kita doakanlah yang terbaik untuk
negara dan negeri Johor esok. Supaya ada benda yang baik untuk negeri Johor,” katanya.

Seramai lebih 2.7 juta pengundi berdaftar di Johor akan menunaikan tanggungjawab memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu pada PRN Johor.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion